Blog ini dicipta khas untuk menyimpan khazanah resepi-resepi masakan rumah dan tips-tips dapur yang saya gunakan sendiri atau dikongsi dari sahabat-sahabat lain.
2 keping dada ayam dipotong-potong
tepung goreng ayam BISTARI secukupnya
*gaul isi ayam dengan tepung dan goreng hingga masak.
sumber: mr. google
150g butter
1 tin susu cair
setengah tin air
5 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun kari
5 biji cili padi dihiris
gula & garam
1. Cairkan butter. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan air. Gunakan api perlahan. perasakan gula & garam.
3. Setelah mendidih, masukkan isi ayam yang telah digoreng. gaul sebatu dan biarkan seketika. bila kuah dah agak pekat, tutup api.
TIPS
Dada ayam boleh je ganti dengan mana bahagian ayam. boleh juga guna ayam goreng sejuk beku macam brand ayamas ke,, farm best ke.. goreng macam biasa dan masukkan dalam kuah.
Tepung Bistari ni ada beberapa perisa. ikut korang la nak guna perisa yang mana pon.. semua sedap. so far favorite saya ori, spicy, garlic dan blackpepper. kalau tak guna tepung bistari pon tak pe. guna bancuhan tepung jagung pon boleh.
Tahap kepedasan dan jumlah cili padi ikut la lidah masing-masing.
Susu cair boleh je ganti dengan susu kotak.
Sukatan butter tu kalau rasa macam lemak sangat atau oily boleh la kurangkan.. tak payah susah nak cari penimbang.
Kalau suka, masa menumis tu boleh masukkan 1 sudu serbuk kari.
5 keping ikan pari - cuci bersih. pastikan pilih ikan pari yang tidak berbau hamis.
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit basah
1 inci lengkuas
1 sudu biji lada hitam
1 inci belacan
*kisar kesemuanya
1 batang serai diketuk
1 camca biji halba
2 senduk cili kering kisar
minyak untuk menumis
air secukupnya
gula & garam
asam jawa
daun kesum dan bunga kantan
1. Panaskan minyak dan tumis biji halba sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, serai dan cili. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air. Sukatan air bergantung pada masing-masing. kalau suka kuah pekat, kurangkan air. kalau suka kuah cair, lebihkan air. Biarkan hingga mendidih. perasakan gula, garam dan air asam jawa.
4. masukkan ikan dan biarkan seketika. masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. seimbangkan rasa dan biarkan kuah mendidih sekali lagi. guna api sederhana. siap....
TIPS
Untuk dapatkan rasa yang seimbang, perasakan setiap masakan secara berperingkat. letak sikit-sikit gula dan garam mengikut fasa. Fasa pertama setelah bahan ditumis pecah minyak. Fasa kedua setelah kuah mendidih dan fasa ketiga setelah kesemua bahan dimasukkan, sebelum api ditutup. kalau masakan tak ada ketiga-tiga fasa ni boleh la buat mana-mana fasa yang terlibat.
Sukatan bahan-bahan diatas adalah secara anggaran.. selalunya kalau masak tak ada pon nak sukat-sukat bagai.. cekut ikut sedap je.. jadi agak-agak dan pandai-pandai lah adjust ikut selera.
1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
3 sudu serbuk kunyit
setengah sudu garam halus
* lumur garam dan kunyit pada ayam dan goreng sehingga masak.
1 biji tomato
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
1 kiub pati ayam
* kisar kesemua bahan-bahan ini.
2 batang serai diketuk
2-3 senduk cili kering kisar
1 senduk sos tomato
1 biji bawang besar dipotong bulat dan dileraikan
setengah ketul gula melaka @ setengah senduk madu
1 cawan air
1 setengah cawan minyak untuk menumis
gula & garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah di kisar bersama serai dan cili kering kisar. tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato, gula melaka dan air. guna api kecil dan kacau sehingga gula melaka larut. bahan tumis akan bertukar warna kegelapan.
3. Perasakan dengan gula dan garam. Bila rasa dah seimbang masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati. biarkan seketika.
4. Taburkan bawang yang dipotong, gaul dan tutup api.
TIPS
Saya suka goreng ayam dengan api perlahan sehingga kekuningan dan tidak terlalu garing. ayam akan masak sekata dan tidak kering. lebih kurang 3/4 masak.
Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis. rasa ayam akan lebih enak. tapi jangan la pulak guna minyak yang dag hitam tu ye.. kalau 12 ketul ayam ni dalam 2x goreng.. so masih boleh guna untuk menumis..
Rasa ayam masak merah perlu seimbang masam, manis dan masin. kalau sos tomato tak mampu bagi rasa keseimbangan tu boleh campur dengan air asam jawa ataupun tambahkan sos tomato. saya lebih suka guna sos tomato sahaja daripada air asam jawa.
Saya akan cairkan sedikit sambal ayam sebelum masukkan ayam goreng. ini akan membuatkan rasa sambal menyerap ke ayam dan memasak ayam tersebut dengan lebih sempurna. Gunakan api perlahan sehingga kuah sambal memekat.
Wah.. tajuk.. verstail ko... jangan ingat korang je nak stail.. sambal asam saya pon boleh verstail ok... maksudnye.. resepi air asam atau sambal asam yang saya nak share ni boleh guna untuk dijadikan pencicah macam-macam.. tapi saya tak de a semua benda cicah ngan sambal ni... biasanya saya guna untuk buat cicahan IKAN BAKAR, ULAM-ULAMAN, KERANG REBUS, LALA REBUS, KUPANG REBUS.. ulaman tu biasanya pucuk ubi, jantung pisang, bendi, dan semua ulam yang dicelur. ikan bakar pula biasanya saya bakar kosong. cuma tabur garam je.. silap-silap garam pun saya tak letak.. baru betul-betul rasa manis ikan.. nak-nak kalau ikan baru.. perggghhh... nyaman....
untuk seafood bercengkerang pulak.. saya suka rebus dengan hirisan halia, bawang putih dan daun kunyit kalau ada. garam pon saya tak letak, sebab biasanya seafood ni dah ada rasa masin air laut.. oh ye.. nama je rebus.. tapi saya tak letak air tau.. lepas cuci bersih-bersih, terus masuk periuk, letak segala hirisa, terus etak atas dapur. api kecil, dan periuk wajib ditutup.. rasa laut ko... tak caya??? pi beli kerang, pastu test. sedap... sebab tu bila makan kerang rebus kat kedai muncung saya boleh sangkut hanger. sebab tawar tak ada rasa.
ni semua bonda saya lah ajar.. mungkin sedap pada tekak saya sebab saya belajar makan semua ni dari kecik.. jadi sampai ketuaan ni le terbiasa dengan cara dan rasa masakan macam tu... sebab tu... SEDAP ITU SUBJEKTIF.
Ikan cencaru bakar kosong.. tak de nak balut-balut.. letak je dalam grill pan tu
ni la resepi air asam verstail tu...
u all sesuaikan la rasa ikut tekak masing-masing.. Kalau suka masam lebihkan asam jawa. Sukatan air tu agak2 x pekat n x cair sangat. Kalau suka boleh letak bawang potong
Entri kali ni saya nak share satu cara masakan terung pulak.. resepi ni asalnya adalah resepi dari masakan kaum Banjar. tapi saya olah ikut selera saya... saya kan memang suka kerja olah mengolah ni...
ni pic dari EN.GOOGLE
Buah atau sayur terung ni tak ramai orang yang suka makan. ada juga yang tak boleh makan. dulu masa saya buat rawatan kampung untuk resdung, saya langsung tak dibenarkan makan terung. tak kisah lah masak apa pon.. tapi masa tu tak kisah pun sebab budak-budak lagi... memang tak makan pun sayur ni.. tapi bila dah semakin ketuaan ni makan terung dah jadi satu kegemaran pulak. sebelum jumpa cara masakan ni.. biasanya saya asyik masak sambal terung je.. Ya Allah.. sedap wei terung ni.. ada rasa dan tekstur berdaging.. rugi sapa yang tak makan terung ni.. ok. tak nak bebel panjang-panjang.
ha.. nampak tak dia punye pekat,, 2 pinggan nasi beb..
TERUNG BAKAR KUAH SANTAN
>Terung dibakar sampai layu, lepastu buang kulit. >Cili padi ikut kepedasan >Belacan >Bawang besar / bawang merah dihiris >Garam gula >Santan >Air asam jawa Tumbuk cili + belacan. Masukkan dalam santan. Masak campuran santan atas api perlahan. Sentiasa kacau untuk elak santan pecah. Perasa dengan garam, gula dan air asam. Masukkan terung bila santan dah agak panas. Masukkan hirisan bawang. tutup api. Untuk resepi ini, santan terbaik adalah santan segar yang diperah sendiri dari sebiji kelapa.. biasanya saya akan blend kelapa parut dengan air panas, sejukkan sekejap. ye lah.. kalau panas-panas macam mana kita nak perah santan nye kan.. untuk sebiji kelapa saya akan guna 2 kali perahan sahaja. barulah betul-betul rasa santan. Untuk terung pula.. tak kisah la nak guna terung jenis mana pun.. ikut la selera masing.. saya selalu guna terung panjang..
Salam Rabu semua.. lama nya blog yang baru nak berputik ni tak de update pape kan.. beberapa minggu lepas jadual sya sangat-sangat padat.. balik kampung tolong bonda uruskan persiapan majlis sambut menantu perempuan pertama.. saya la tulang belakang bonda.. tugas saya?? Saya lah runner, saya lah driver bonda, saya la tukang masak saya lah juga mak andam... ok.. cukup dengan bebelan mukadimah.. entri kali ni saya nak share resepi masakan barat yang saya olah dengan resepi sendiri beberapa minggu lepas, sebelum saya bercuti panjang di kampung. Sebenarnya dah lama dah nak buat ayam panggang ni. tapi sebab tekak asyik nak makan nasi je.. jadi niat tu asyik tertangguh sehinggalah hari itu. dengan berbekalkan rujukan dari MR GOOGLE dan MR Youtube, maka saya olah semula resepi mengikut cara saya.. jom cuba.. mesti family anda suka. ROSMERY GRILLED CHICKEN, ONION BUTTERED GRAVY & POTATO SALAD
Ni dah siap curah gravy / sos.. sedap weii...
Yang ni pulak baru letak atas pinggan.. baru keluar oven ni.. suka bau herba dia..
Perapan ayam (untuk 2 tight) - 2 batang rosmary segar. lurut ambil daun sahaja - 1/2 camca garam - 2 camca crushed blackpepper - 3 sudu madu - 1/2 camca cajun spice - 4 hirisan lemon. perah jusnya - 1 sudu sos BBQ - 1 sudu minyak zaitun / minyak bijan # satukan semua bahan. gaul sebati. lumur rata2 pada ayam. perap sekurang-kurangnya 2 jam. bakar ayam sampai masak. sy suka ayam juicy. saya grill dalam oven 180'C sampai suhu ayam mencecah suhu 79'C. suhu dalam ayam saya sukat guna termometer daging. kalau x de semua tu x pe.. panggang je dalam kuali ajaib. api kecil. 30 minit atau sampai masak. ========================================================== ONION BUTTERED GRAVY - 3 sudu brown sauce powder brand knorr - 3 sudu sos cili LINGAMS - 2 camca crushed blackpepper - 2 cawan air panas # blend semua bahan ni atau kacau sampai powder larut. -1 biji bawang besar dihiris - 2 sudu butter dicairkan. # tumis bawang bersama butter yang dicairkan. bila bawang dah layu boleh masukkan bancuhan sos. kacau sampai agak2 likat. kalau terlalu pekat, tambahkan air. PERASAKAN DENGAN GULA IKUT SELERA. BANCUHAN NI DH CUKUP MASIN. TAPI KALAU NAK MASIN LAGI BOLEH TAMBAH GARAM. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ POTATO SALAD - 3 biji kentang dikupas, potong 6 atau 8 bahagian. rebus dalam air bergaram sampai empuk. - 1 biji telur rebus - 3 sudu mayonis - 1/2 biji bawang besar dipotong dadu - 1/2 camca crushed blackpepper - 1 batang rosmary. lurut daun dan cincang. - garam secukup rasa # hancurkan telur rebus, gaulkan dengan kesemua bahan. masukkan kentang yang dah ditoskan. gaul sebati. Untuk classic garden salad tu, saya beli yang dah siap dalam kotak je.. ada jual kat bahagian sayur kat supermarkey. dia dalam kotak plastik, dah siap campur dedaun macam-macam. siap dressing sekali. kalau tak silap harga dalam RM6 - RM7. boleh makan 4 orang.
Malam kelmarin saya ke Tesco dengan niat nak cari getah balang blender. maklumlah... blender yang saya guna sekarang ni usia nye dah 5 tahun baru ni la nak ganti getah yang dah mengeras tu.. Tapi malang.. tak ada pulak jual getah tu.. terpandang lah pulak promosi blender kat situ. brand yang sama dengan brand yang saya guna sekarang tapi ada dry mill dan 2 balang. harga RM71.90 kalau tak silap. pada saya sangat berbaloi sebab sangat-sangat puas hati dengan brand tu. Jadinya pejamkanlah mata.. bayar je lah harga blender yang sangat berbaloi tu.. balang tu pon sama saiz dengan motor lama yang ada kat rumah.. jadi motor baru boleh la simpan.
biasalah.. dah kalau masuk Tesco ni tabiat saya kalau tak tawaf 1 tesco memang tak sah.. dari niat beli satu barang maka keluar dengan 1 troli. dalam pada pusing-pusing dekat bahagian sayuran tu.. ada lah terpandang bahan-bahan kering yang dah siap bungkus. terpandangkan pek kacang dhall setengah kilogram.. terasa-rasa pulak nak makan kuih MASALA VADEY...
Asalnya saya tak pasti nama sebenar kuih ni.. ada yang panggil WADEY, VADEY, MAGELEK, MASALODE.. Tak kisah la apa pon nama nya.. yang penting semua tahu rupa dan rasanya.. maka berbekalkan tekad dan azam... pagi tadi saya mulakan proses buat kuih ni untuk minum petang... ok.. meh saya share bahan-bahan untuk buat kuih ni versi saya.
MASALA VADEY
500G kacang dhall 1 sudu besar jintan manis 2 sudu besar serbuk kari daging 1 biji bawang besar dipotong dadu 10 biji cili padi dihiris (ikut kepedasan) garam secukup rasa serbuk perasa kalau suka
1. Cuci dan rendam kacang dal selama 5 jam. saya buat 8 jam. Selepas 5 -8 jam toskan airnya sekejap. biar kacang masih lembab.
2. Kisar kacang dal menggunakan food processor / blender kering. jangan hancur sangat. saya suka blend separa hancur untuk dapatkan hasil yang rangup bila goreng. Kalau suka boleh asingkan segenggam kacang dal yang belum dikisar.
Ni kacang dal saya yang dikisar separa hancur. nampak tak masih ada butir-butir kacang di situ.
3. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
4. Kepal-kepal bancuhn tadi dn leperkan.. terus saja masuk kuali dan goreng hingga keperangan.
** kadang-kadang saya akan hadapi masalah nak kepal bancuhan tu. dia akn jadi peroi dan pecah. Bonda saya ajar letak sikit air rendaman kacang dal tu. sebab tu saya kata toskan sekejap je.. kalau tak ada air rendaman tu.. guna air biasa pon boleh.. kalau kata terlebih air pula.. tambahkan tepung gandum sikit je.. agak-adak dia boleh dikepal. kalau banyak tepung nnti rasa dia tak sedap tau.
Yeehaaa.... dah siap... boleh la makan secara berjemaah ke.. nak sedekah jiran tetangga ke.. saya buat setengah kilo ni makan berdua je depan tv. x sedar. tahu-tahu tinggal tisu pelapik tu je...
**kalau suka rasa rempah yang kuat boleh la lebihkan bahan-bahan tu.. kalau anda boleh petik daun kari belakang rumah... buh dalam tu pon sedap.. macam saya ni daun kari memang kritikal.. sentiasa tak ada dalam stok. maklumlah.. duduk rumah atas angin ni.. memang tak nampak la pokok kari ke.. serai ke.. pape je la.. semua kene beli.
Pada Mac 2015, sy berpeluang menjejakkan kaki ke Korea untuk pertama kalinya. Asbab selalu sangan menonton drama Korea, perasaan nak ke sana jadi meluap2. so penghujung tahun 2014 tu nekad daftar dengan satu travel agency untuk ikut diorang punye tour group ke Seoul. Excited jangan cerita la kan.. daftar sorang2 je.. ikut group so nanti ada la kawan kan... masa pergi penghujung Mac tu dah penghujung winter. nak masuk spring dah. Tapi masih terasa sejuk yang teramat.. ingatkan badan ni boleh la tahan ngan cuaca sejuk tu... so longjohn pon saja tinggalkan kat rumah. Rupanya... alamak... sengsara akak.. hidung asyik bleeding je sebab akak ni memang tak tahan sejuk. keadaan makin teruk massa ke Mount Sorak. angin memang tersangat la menguji kesabaran.. nak berjalan pon terkial-kial kesejukkan.
Masa kat Seoul dapat la merasa pengalaman buat KIMCHI. tapi bukan lah buat dari mula... semua rempah, pes dah disediakan.. akak cuma perlu lumurkan pada kobis then gulung je.. tak de la mencabar sangat.. maka berbekalkan tekad yang tinggi, balik Malaysia akk google la cara-cara buat KIMCHI. banyak versi. ada yang letak buah pear, epal, macam-macam la. tapi akak lagi selesa ikut cara yang akak belajar dari Maangchi di Youtube. Nanti akak sertakan video Maangchi tu kat bawah.
Ni KIMCHI yang akak buat kat Korea.
Kalau ikut resepi Maangchi tu, bahan-bahan dia ada je jual kat kedai makanan Korea. kalau kat KL ni senang la nak cari. Kat Mont Kiara ada, Hartamas ada, paling banyak kat Korean Village Ampang. Kalau luar KL yang akak tahu kat JB ada. area Bukit Indah. Penang pon ada kat Tg Bungah kalau tak silap. Tempat-tempat lain akak tak pasti pulak. Kadang-kadang kat AEON pon ada barangan Korea. tapi tak lah lengkap sangat.. kalau dah tak ada sangat, ganti je la dengan bahan-bahan yang kita senang dapat. memasak ni kita yang buat dia.. agak-agak boleh.... belasah je.
Ada yang tanya, apa lah sedapnya KIMCHI ni... ok Kimchi yang dijeruk dengan baik sebenarnya mengandungi prebiotik yang baik untuk perut. sama macam yogurt la.. nak tau Kimchi tu ditapai / dijeruk dengan baik atau tak.. kalau Kimchi tu elok kejadian nye dia akan ada buih2 kecik atas Kimchi tu.. tu maknanya proses penapaian berlaku. tapi akak lagi suka makan Kimchi fresh. siap buat terus makan.. rangup dan segar je rasa sebab akak tak berapa gemar makanan masam.
Orait.. meh akak share cara akak buat KIMCHI kat Malaysia pulak..
NAPA CABBAGE KIMCHI / TONGBAECHU KIMCHI
BAHAN A:
- 2 @ 3 biji kobis panjang
-1/2 cawan garam halus
Kobis panjang dibelah 4 bahagian. Cuci dan toskan. lumur garam pada setiap helaian. banyak2 garam ye.. biarkan selama 2 jam. setiap setengah jam balik-balikan supaya rata.
BAHAN B:
- 2 cawan air
- 2 sudu besar tepung pulut
- 2 sudu besar gula perang / gula putih
>> satukan air dan tepung pulut dalam periuk kecil. masak atas api kecil dan sentiasa kacau sampai mendidih. kemudian masukkan gula, kacau hingga larut. tutup api dan biarkan sejuk. (part ni saya tak ada gambar pulak. tekstur dia sedikit likat ye..)
BAHAN C:
2 cawan lobak putih
1 cawan lobak merah
7 ke 8 batang bawang hijau @ gantikan dengan daun bawang
1 cawan daun kucai
>> potong kesemua sayur-sayuran ni memanjang macam batang mancis. Bawang hijau @ green onion bentuk dia macam sayur leek tp kecik sikit. kat Malaysia rasanya jarang nampak. saya pernah nampak beberapa kali je kat pasaraya NSK. jadi biasanya saya akan ganti dengan daun bawang je.
BAHAN D
2 camca halia cincang
1/2 cawan bawang putih cincang @ lebih kurang 2-3 labu
1 biji bawang holand cincang
1/2 cawan sos ikan
2 cawan serbuk cili korea (gochugaru) / serbuk cili biasa / chili flakes
>> Satukan semua bahan-bahan ni dengan bahan B yang dah sejuk. kacau sebati.
Ni bawang putih dan halia yang dah dicincang.. saya gunakan chopper dari Tupperware je.. cepat. tarik-tarik dah siap
Yang ni dah dicampur dengan chilli flakes dan bahan B.
>> Lepas dah siap semua step kat atas ni.. boleh la masukkan bancuhan rencah tu dalam mangkuk sayur-sayur yang dipotong memanjang. gaul bagi sebati.
Tengok macam ni je pon dah buat saya telan air liur berkali-kali. tak payah tunggu letak kobis. macam ni pon dah sedap.
>> Ok.. dah settle semua ni.. boleh la ambil kobis yang dah digaramkan selama 2 jam tu.. perah air yang keluar, cuci bersih. perah lagi dan toskan.. lepastu boleh la melapis sayuran berencah tu di setiap helaian kobis. saya lagi suka potong kobis siap, then gaul terus.. keje shortcut nama nya.. sama gaul sambil masuk mulut.. Ya Allah... sedap nya..
Tadaa...... dah siap!!
>> Last step boleh la masukkan dalam bekas bertutup, biarkan pada suhu bilik selama 1 hari. hari berikutnya boleh la simpan dalam peti sejuk. KIMCHI ni tahan berbulan kalau cara penyimpanan nya betul..
Haa... nampak macam banyak kerja kan... hahahah.. agak la.. ok. saya sertakan video dari youtube untuk anda lebih mudah faham cara buat KIMCHI ni ye.. ada bahan yang Maangchi guna tapi saya tak guna. kalau nak tutorial bergambar dari Maangchi boleh pegi ke http://www.maangchi.com/recipe/tongbaechu-kimchi
ALHAMDULILLAH.. masih di permulaan tahun 2017. Semoga hari-hari mendatang untuk tahun ini lebih bermakna, bahagia dan sentiasa di lindungi dan dirahmati oleh Nya. Coretan pertama untuk blog saya yang tak seberapa ni.. Semoga apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat unruk semua di luar sana. Resepi-resepi yang akan saya kongsikan adalah koleksi saya yang diolah dari resepi-resepi asal, resepi-resepi lain dan resepi yang diturunkan kepada saya dari nenek dan ibu saya. Kebanyakkan resepi yang dikongsikan adalah resepi yang saya gunakan dalam masakan harian di rumah. Gambar-gambar yang dikongsikan jugak adalah hak milik saya sendiri melainkan saya nyatakan perkongsian dari mana-mana sumber. Gambar-gambar dalam blog saya ni diambil menggunakan camera handphone je.. jadi tak de la fancy mancy sangat. silap-silap gambar original dari dalam kuali atau atau periuk.. nama pon masakan rumah.. so.. chill la..
ha.. nampak.. dalam loyang lagi.. x de nak plating2 bagai.. potong terus ngap masuk mulut. x sempat dah nak plating2 ni. saya halalkan setiap resepi yang diambil dari blog ini.. moga semuanya bermanfaat untuk ibu2, adik2, ayah2, abang2, akak2 yang nak memasak untuk keluarga ke.. kawan2 ke.. buah hati ke.. boleh.. ambil je.. tapi memasak ni kene ingat tau... resepi mana pon yang kita gunakan, kalau x menjadi jangan salahkan resepi dan jangan putus asa. memasak ni pon satu seni dan kemahiran. rasa pon subjektif. sebab lidah masing2 kan.. kita tak berkongsi otak, tangan dan lidah. jadi kalau tak menjadi... sila cuba dan cuba lagi. kalau tak sesuai dengan rasa, sila olah ikut selera.. SEKIAN UNTUK CORETAN PERTAMA....