AYAM MASAK MERAH BONDA
1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
3 sudu serbuk kunyit
setengah sudu garam halus
* lumur garam dan kunyit pada ayam dan goreng sehingga masak.
1 biji tomato
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
1 kiub pati ayam
* kisar kesemua bahan-bahan ini.
2 batang serai diketuk
2-3 senduk cili kering kisar
1 senduk sos tomato
1 biji bawang besar dipotong bulat dan dileraikan
setengah ketul gula melaka @ setengah senduk madu
1 cawan air
1 setengah cawan minyak untuk menumis
gula & garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah di kisar bersama serai dan cili kering kisar. tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato, gula melaka dan air. guna api kecil dan kacau sehingga gula melaka larut. bahan tumis akan bertukar warna kegelapan.
3. Perasakan dengan gula dan garam. Bila rasa dah seimbang masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati. biarkan seketika.
4. Taburkan bawang yang dipotong, gaul dan tutup api.
TIPS
- Saya suka goreng ayam dengan api perlahan sehingga kekuningan dan tidak terlalu garing. ayam akan masak sekata dan tidak kering. lebih kurang 3/4 masak.
- Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis. rasa ayam akan lebih enak. tapi jangan la pulak guna minyak yang dag hitam tu ye.. kalau 12 ketul ayam ni dalam 2x goreng.. so masih boleh guna untuk menumis..
- Rasa ayam masak merah perlu seimbang masam, manis dan masin. kalau sos tomato tak mampu bagi rasa keseimbangan tu boleh campur dengan air asam jawa ataupun tambahkan sos tomato. saya lebih suka guna sos tomato sahaja daripada air asam jawa.
- Saya akan cairkan sedikit sambal ayam sebelum masukkan ayam goreng. ini akan membuatkan rasa sambal menyerap ke ayam dan memasak ayam tersebut dengan lebih sempurna. Gunakan api perlahan sehingga kuah sambal memekat.
No comments:
Post a Comment