ALHAMDULILLAH.. masih di permulaan tahun 2017. Semoga hari-hari mendatang untuk tahun ini lebih bermakna, bahagia dan sentiasa di lindungi dan dirahmati oleh Nya. Coretan pertama untuk blog saya yang tak seberapa ni.. Semoga apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat unruk semua di luar sana.
Resepi-resepi yang akan saya kongsikan adalah koleksi saya yang diolah dari resepi-resepi asal, resepi-resepi lain dan resepi yang diturunkan kepada saya dari nenek dan ibu saya. Kebanyakkan resepi yang dikongsikan adalah resepi yang saya gunakan dalam masakan harian di rumah. Gambar-gambar yang dikongsikan jugak adalah hak milik saya sendiri melainkan saya nyatakan perkongsian dari mana-mana sumber.
Gambar-gambar dalam blog saya ni diambil menggunakan camera handphone je.. jadi tak de la fancy mancy sangat. silap-silap gambar original dari dalam kuali atau atau periuk.. nama pon masakan rumah.. so.. chill la..
ha.. nampak.. dalam loyang lagi.. x de nak plating2 bagai.. potong terus ngap masuk mulut. x sempat dah nak plating2 ni.
saya halalkan setiap resepi yang diambil dari blog ini.. moga semuanya bermanfaat untuk ibu2, adik2, ayah2, abang2, akak2 yang nak memasak untuk keluarga ke.. kawan2 ke.. buah hati ke.. boleh.. ambil je..
tapi memasak ni kene ingat tau... resepi mana pon yang kita gunakan, kalau x menjadi jangan salahkan resepi dan jangan putus asa. memasak ni pon satu seni dan kemahiran. rasa pon subjektif. sebab lidah masing2 kan.. kita tak berkongsi otak, tangan dan lidah. jadi kalau tak menjadi... sila cuba dan cuba lagi. kalau tak sesuai dengan rasa, sila olah ikut selera..
SEKIAN UNTUK CORETAN PERTAMA....
No comments:
Post a Comment