Wednesday, 8 February 2017

AYAM PANGGANG ROSMERY / ROSMERY GRILLED CHICKEN

Salam Rabu semua.. lama nya blog yang baru nak berputik ni tak de update pape kan.. beberapa minggu lepas jadual sya sangat-sangat padat.. balik kampung tolong bonda uruskan persiapan majlis sambut menantu perempuan pertama.. saya la tulang belakang bonda.. tugas saya?? Saya lah runner, saya lah driver bonda, saya la tukang masak saya lah juga mak andam...

ok.. cukup dengan bebelan mukadimah.. entri kali ni saya nak share resepi masakan barat yang saya olah dengan resepi  sendiri beberapa minggu lepas, sebelum saya bercuti panjang di kampung. Sebenarnya dah lama dah nak buat ayam panggang ni. tapi sebab tekak asyik nak makan nasi je.. jadi niat tu asyik tertangguh sehinggalah hari itu. dengan berbekalkan rujukan dari MR GOOGLE dan MR Youtube, maka saya olah semula resepi mengikut cara saya..  jom cuba.. mesti family anda suka. 

ROSMERY GRILLED CHICKEN, ONION BUTTERED GRAVY & POTATO SALAD


Ni dah siap curah gravy / sos..  sedap weii...

Yang ni pulak baru letak atas pinggan.. baru keluar oven ni.. suka bau herba dia..


Perapan ayam (untuk 2 tight)
- 2 batang rosmary segar. lurut ambil daun sahaja
- 1/2 camca garam
- 2 camca crushed blackpepper
- 3 sudu madu
- 1/2 camca cajun spice
- 4 hirisan lemon. perah jusnya
- 1 sudu sos BBQ
- 1 sudu minyak zaitun / minyak bijan
# satukan semua bahan. gaul sebati. lumur rata2 pada ayam. perap sekurang-kurangnya 2
 jam. bakar ayam sampai masak. sy suka ayam juicy. saya grill dalam oven 180'C sampai suhu ayam mencecah suhu 79'C. suhu dalam ayam saya sukat guna termometer daging. kalau x de semua tu x pe.. panggang je dalam kuali ajaib. api kecil. 30 minit atau sampai masak. 

==========================================================

ONION BUTTERED GRAVY
- 3 sudu brown sauce powder brand knorr
- 3 sudu sos cili LINGAMS
- 2 camca crushed blackpepper
- 2 cawan air panas
# blend semua bahan ni atau kacau sampai powder larut.
-1 biji bawang besar dihiris
- 2 sudu butter dicairkan.
# tumis bawang bersama butter yang dicairkan. bila bawang dah layu boleh masukkan bancuhan sos. kacau sampai agak2 likat. kalau terlalu pekat, tambahkan air. PERASAKAN DENGAN GULA IKUT SELERA. BANCUHAN NI DH CUKUP MASIN. TAPI KALAU NAK MASIN LAGI BOLEH TAMBAH GARAM.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


POTATO SALAD
- 3 biji kentang dikupas, potong 6 atau 8 bahagian. rebus dalam air bergaram sampai empuk.
- 1 biji telur rebus
- 3 sudu mayonis
- 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
- 1/2 camca crushed blackpepper
- 1 batang rosmary. lurut daun dan cincang.
- garam secukup rasa
# hancurkan telur rebus, gaulkan dengan kesemua bahan. masukkan kentang yang dah ditoskan. gaul sebati.


Untuk classic garden salad tu, saya beli yang dah siap dalam kotak je.. ada jual kat bahagian sayur kat supermarkey. dia dalam kotak plastik, dah siap campur dedaun macam-macam. siap dressing sekali. kalau tak silap harga dalam RM6 - RM7. boleh makan 4 orang.

No comments:

Post a Comment