Thursday, 4 January 2018

RED VELVET MOIST & CREAM CHEESE FROSTING

HAI!! Sementara mood rajin tengah ada ni.. cepat-cepat saya buat entri baru.. ok kali ni saya nak share resipi dan cara buat RED VELVET  yang moist, tak  berderai, sedap dan lembut je... Dan saya juga akan share resipi CREAM CHEESE FROSTING untuk salut kek tu...

Anyway.. sebenarnya saya ada bisnes kecilan dari rumah.. (home-based business) dengan label VIVALICIOUS SWEETS HOUSE. ha... ni korang semua boleh check kat FB. tak lah hebat mana pon.. but yess... i am proud of it sebab saya mampu buat sesuatu yang tak semua orang mampu lakukan. ok. enough with my business site.. Jom saya nak bebel sikit tentang RED VELVET CAKE.

RV ni sebenarnya kalau kita google akan keluar banyaaaakkk sangat version. yang saya nak share ni pun salah satu version yang saya dapat dari cikgu saya.. ada version yang bajet, ada version yang semi-premium, ada yang premium. RV ni adalah sejenis kek coklat yang diolah semula. Sejujurnya dulu saya tak suka langsung kek ni sebab ada rasa masam menyengat yang buat saya rasa tak selesa di tekak dan lidah... tapi setelah kaji, belajar dan mendalami bermacam-macam versi RV.. maka sekarang ni saya agak jatuh cinta dengan dia.. Warna merah terang digabungkan dengan warna putih krim dari frosting... Hmmm... cantik kan...

ada sesetengah resepi RV menggunakan buttermilk yang dalam kotak tu.. yang ada jual di kebanyakan kedai bahan bakeri.. harganya... agak mahal.. TAPI untuk versi bajet, semi-premium mahupun premium... ada resepi yang menggantikan buttermilk dengan cuka, lemon juice atau pun cream of tartar.. opss lupa.. Buttermilk BUKAN BUTTER + SUSU ye....

Fungsi Buttermilk di dalam kek adalah untuk memberi tekstur yang lembap dan lembut serta sedikit tangy taste tapi tak terlalu ketara... jom cuci mata dengan RV versi saya..

cantik tak rossette saya? saya guna nozzle 1M

simple decoration. kadang-kadang less is more

versi mini pek. bakar terus dalam foil dan paipkan frosting

versi special. permintaan customer. RED VELVET OREO

RED VELVET MOIST

360g tepung gandum *
2 tbsp serbuk koko *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bikarbonate *
1 tsp garam halus *
(ayak bahan bertanda *)

2 biji telur gred A
400g gula halus
1 cawan BUTTERMILK
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 tsp vanilla essence
1 botol kecil pewarna BRIGHT RED

1/2 cawan air panas + 1 tsp cuka

BUTTERMILK boleh diganti dengan campuran 1 cawan susu + 1 tbsp cuka.
(bagi yang tak tahan / alah cuka boleh ganti dengan lemon juice)

1. Pukul gula + telur sehingga kembang.
2. Masukkan buttermilk, vanilla, pewarna dan minyak ke dalam adunan telur dan pukul sebati.
3. masukkan campuran air panas dan cuka.
4. masukkan campuran bahan ayak sedikit demi sedikit. pukul dengan speed perlahan.
5. Tuang ke dalam loyang 9 inci bulat, atau 8 inci empat segi dan bakar selama 30 - 45 minit bergantung pada oven masing-masing.

JANGAN LUPA PANASKAN OVEN 15 MINIT SEBELUM KEK DIBAKAR.. LOYANG KEK HENDAKLAH DIGRISKAN DAN DIALAS BAKING PAPER TERLEBIH DULU.. 

PERIKSA KEK DENGAN MENGGUNAKAN LIDI ATAU CAKE TESTER. KALAU TAK ADA KEK YANG MELEKAT DAH MASAK LA TU... JANGAN KERAP BUKA TUTUP OVEN!! NANTI KEK BANTAT! SEELOK NYA CHECK SELEPAS 30 MINIT DIBAKAR.

PASTIKAN KEK BETUL-BETUL SEJUK SEBELUM DIPOTONG DAN DISALUT FROSTING. CARA SEJUKKAN KEK.. SETELAH KELUARKAN KEK DARI OVEN BIARKAN 10 MINIT. KEMUDIAN KELUARKAN KEK DARI LOYANG DAN BIARKAN SEJUK SEELOKNYA DI ATAS REDAI KEK.


CREAM CHEESE FROSTING

250g cream cheese (suhu bilik)
30g butter (lembut)
70g gula aising (ayak)
40ml fresh cream / susu cair

1. Pukul semua bahan sehingga gebu.

UNTUK 1 BIJI KEK 3 LAPISAN PERLU MENGGUNAKAN 2 ADUNAN FROSTING.


AKU DAN MASA

WOW...Dah setahun Blog Cik Puan ni diwujudkan. tapi dah lama juga saya tak buat apa-apa entri.. bukan tak ada bahan. macam-macam idea nak menaip. tapi kekangan masa dan tanggungjawab membataskan segalanya.. dah 2018 la!!! SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.. Azam tahun lepas dah berjaya dicapai ke? ke... sepesen dengan saya.. carry forward ke tahun ni? apa-apa pun saya doakan semua nya diberi tahun yang terbaik kali ini.

Ermm.. agak-agak nak saya share resipi apa ya? banyak dalam simpanan ni. LAUK? KEK? DESSERT? WESTERN FOOD? MAKANAN SIHAT? MINUMAN? NASI? MEE? Hmm... saya cuba buat sebanyak mungkin entri untuk dikongsi dengan semua ya.. Doakan saya diberi kesihatan, kerajinan dan rezeki yang luas untuk sama-sama dikongsi dengan semua..

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..



Thursday, 2 March 2017

CHICKEN BUTTERMILK BISTARI






2 keping dada ayam dipotong-potong
tepung goreng ayam BISTARI secukupnya
*gaul isi ayam dengan tepung dan goreng hingga masak.
sumber: mr. google

150g butter
1 tin susu cair
setengah tin air
5 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun kari
5 biji cili padi dihiris
gula & garam

1. Cairkan butter. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

2. Masukkan susu cair dan air. Gunakan api perlahan. perasakan gula & garam.

3. Setelah mendidih, masukkan isi ayam yang telah digoreng. gaul sebatu dan biarkan seketika. bila kuah dah agak pekat, tutup api.

TIPS

  • Dada ayam boleh je ganti dengan mana bahagian ayam. boleh juga guna ayam goreng sejuk beku macam brand ayamas ke,, farm best ke.. goreng macam biasa dan masukkan dalam kuah. 
  • Tepung Bistari ni ada beberapa perisa. ikut korang la nak guna perisa yang mana pon.. semua sedap. so far favorite saya ori, spicy, garlic dan blackpepper. kalau tak guna tepung bistari pon tak pe. guna bancuhan tepung jagung pon boleh.
  • Tahap kepedasan dan jumlah cili padi ikut la lidah masing-masing.
  • Susu cair boleh je ganti dengan susu kotak.
  • Sukatan butter tu kalau rasa macam lemak sangat atau oily boleh la kurangkan.. tak payah susah nak cari penimbang. 
  • Kalau suka, masa menumis tu boleh masukkan 1 sudu serbuk kari.

ASAM PEDAS IKAN





ASAM PEDAS IKAN PARI

5 keping ikan pari - cuci bersih. pastikan pilih ikan pari yang tidak berbau hamis.

6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit basah
1 inci lengkuas
1 sudu biji lada hitam
1 inci belacan
*kisar kesemuanya

1 batang serai diketuk
1 camca biji halba
2 senduk cili kering kisar
minyak untuk menumis
air secukupnya
gula & garam
asam jawa
daun kesum dan bunga kantan

1. Panaskan minyak dan tumis biji halba sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar, serai dan cili. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air. Sukatan air bergantung pada masing-masing. kalau suka kuah pekat, kurangkan air. kalau suka kuah cair, lebihkan air. Biarkan hingga mendidih. perasakan gula, garam dan air asam jawa.

4. masukkan ikan dan biarkan seketika. masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. seimbangkan rasa dan biarkan kuah mendidih sekali lagi. guna api sederhana. siap....

TIPS

  • Untuk dapatkan rasa yang seimbang, perasakan setiap masakan secara berperingkat. letak sikit-sikit gula dan garam mengikut fasa. Fasa pertama setelah bahan ditumis pecah minyak. Fasa kedua setelah kuah mendidih dan fasa ketiga setelah kesemua bahan dimasukkan, sebelum api ditutup. kalau masakan tak ada ketiga-tiga fasa ni boleh la buat mana-mana fasa yang terlibat.
  • Sukatan bahan-bahan diatas adalah secara anggaran.. selalunya kalau masak tak ada pon nak sukat-sukat bagai.. cekut ikut sedap je.. jadi agak-agak dan pandai-pandai lah adjust ikut selera.
  • Ikan boleh je ganti dengan ikan-ikan lain.

AYAM MASAK MERAH





AYAM MASAK MERAH BONDA

1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
3 sudu serbuk kunyit
setengah sudu garam halus
* lumur garam dan kunyit pada ayam dan goreng sehingga masak.

1 biji tomato
10 ulas bawang putih
2  biji bawang besar
2 inci halia
1 kiub pati ayam
* kisar kesemua bahan-bahan ini.

2 batang serai diketuk
2-3 senduk cili kering kisar
1 senduk sos tomato
1 biji bawang besar dipotong bulat dan dileraikan
setengah ketul gula melaka @ setengah senduk madu
1 cawan air
1 setengah cawan minyak untuk menumis
gula & garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah di kisar bersama serai dan cili kering kisar. tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sos tomato, gula melaka dan air. guna api kecil dan kacau sehingga gula melaka larut. bahan tumis akan bertukar warna kegelapan.

3. Perasakan dengan gula dan garam. Bila rasa dah seimbang masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati. biarkan seketika.

4. Taburkan bawang yang dipotong, gaul dan tutup api.

TIPS

  • Saya suka goreng ayam dengan api perlahan sehingga kekuningan dan tidak terlalu garing. ayam akan masak sekata dan tidak kering. lebih kurang 3/4 masak.
  • Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis. rasa ayam akan lebih enak. tapi jangan la pulak guna minyak yang dag hitam tu ye.. kalau 12 ketul ayam ni dalam 2x goreng.. so masih boleh guna untuk menumis..
  • Rasa ayam masak merah perlu seimbang masam, manis dan masin. kalau sos tomato tak mampu bagi rasa keseimbangan tu boleh campur dengan air asam jawa ataupun tambahkan sos tomato. saya lebih suka guna sos tomato sahaja daripada air asam jawa. 
  • Saya akan cairkan sedikit sambal ayam sebelum masukkan ayam goreng. ini akan membuatkan rasa sambal menyerap ke ayam dan memasak ayam tersebut dengan lebih sempurna. Gunakan api perlahan sehingga kuah sambal memekat.

Wednesday, 8 February 2017

AIR ASAM @ SAMBAL ASAM VERSTAIL

Wah.. tajuk.. verstail ko... jangan ingat korang je nak stail.. sambal asam saya pon boleh verstail ok... maksudnye.. resepi air asam atau sambal asam yang saya nak share ni boleh guna untuk dijadikan pencicah macam-macam.. tapi saya tak de a semua benda cicah ngan sambal ni... biasanya saya guna untuk buat cicahan IKAN BAKAR, ULAM-ULAMAN, KERANG REBUS, LALA REBUS, KUPANG REBUS.. ulaman tu biasanya pucuk ubi, jantung pisang, bendi, dan semua ulam yang dicelur. ikan bakar pula biasanya saya bakar kosong. cuma tabur garam je.. silap-silap garam pun saya tak letak.. baru betul-betul rasa manis ikan.. nak-nak kalau ikan baru.. perggghhh... nyaman....

untuk seafood bercengkerang pulak.. saya suka rebus dengan hirisan halia, bawang putih dan daun kunyit kalau ada. garam pon saya tak letak, sebab biasanya seafood ni dah ada rasa masin air laut.. oh ye.. nama je rebus.. tapi saya tak letak air tau.. lepas cuci bersih-bersih, terus masuk periuk, letak segala hirisa, terus etak atas dapur. api kecil, dan periuk wajib ditutup.. rasa laut ko... tak caya??? pi beli kerang, pastu test. sedap... sebab tu bila makan kerang rebus kat kedai muncung saya boleh sangkut hanger. sebab tawar tak ada rasa.

ni semua bonda saya lah ajar.. mungkin sedap pada tekak saya sebab saya belajar makan semua ni dari kecik.. jadi sampai ketuaan ni le terbiasa dengan cara dan rasa masakan macam tu... sebab tu... SEDAP ITU SUBJEKTIF.


Ikan cencaru bakar kosong.. tak de nak balut-balut.. letak je dalam grill pan tu
ni la resepi air asam verstail tu...
u all sesuaikan la rasa ikut tekak masing-masing.. Kalau suka masam lebihkan asam jawa. Sukatan air tu agak2 x pekat n x cair sangat. Kalau suka boleh letak bawang potong

TERUNG BAKAR BERKUAH SANTAN

SALAM...
Entri kali ni saya nak share satu cara masakan terung pulak.. resepi ni asalnya adalah resepi dari masakan kaum Banjar. tapi saya olah ikut selera saya... saya kan memang suka kerja olah mengolah ni... 

ni pic dari EN.GOOGLE


Buah atau sayur terung ni tak ramai orang yang suka makan. ada juga yang tak boleh makan. dulu masa saya buat rawatan kampung untuk resdung, saya langsung tak dibenarkan makan terung. tak kisah lah masak apa pon.. tapi masa tu tak kisah pun sebab budak-budak lagi... memang tak makan pun sayur ni.. tapi bila dah semakin ketuaan ni makan terung dah jadi satu kegemaran pulak. sebelum jumpa cara masakan ni.. biasanya saya asyik masak sambal terung je.. Ya Allah.. sedap wei terung ni.. ada rasa dan tekstur berdaging.. rugi sapa yang tak makan terung ni.. ok. tak nak bebel panjang-panjang. 

ha.. nampak tak dia punye pekat,, 2 pinggan nasi beb..


TERUNG BAKAR KUAH SANTAN

>Terung dibakar sampai layu, lepastu buang kulit.
>Cili padi ikut kepedasan
>Belacan
>Bawang besar / bawang merah dihiris
>Garam gula
>Santan
>Air asam jawa


Tumbuk cili + belacan. Masukkan dalam santan. Masak campuran santan atas api perlahan. Sentiasa kacau untuk elak santan pecah. Perasa dengan garam, gula dan air asam. Masukkan terung bila santan dah agak panas. Masukkan hirisan bawang. tutup api.

Untuk resepi ini, santan terbaik adalah santan segar yang diperah sendiri dari sebiji kelapa.. biasanya saya akan blend kelapa parut dengan air panas, sejukkan sekejap. ye lah.. kalau panas-panas macam mana kita nak perah santan nye kan.. untuk sebiji kelapa saya akan guna 2 kali perahan sahaja. barulah betul-betul rasa santan.

Untuk terung pula.. tak kisah la nak guna terung jenis mana pun.. ikut la selera masing.. saya selalu guna terung panjang..