Anyway.. sebenarnya saya ada bisnes kecilan dari rumah.. (home-based business) dengan label VIVALICIOUS SWEETS HOUSE. ha... ni korang semua boleh check kat FB. tak lah hebat mana pon.. but yess... i am proud of it sebab saya mampu buat sesuatu yang tak semua orang mampu lakukan. ok. enough with my business site.. Jom saya nak bebel sikit tentang RED VELVET CAKE.
RV ni sebenarnya kalau kita google akan keluar banyaaaakkk sangat version. yang saya nak share ni pun salah satu version yang saya dapat dari cikgu saya.. ada version yang bajet, ada version yang semi-premium, ada yang premium. RV ni adalah sejenis kek coklat yang diolah semula. Sejujurnya dulu saya tak suka langsung kek ni sebab ada rasa masam menyengat yang buat saya rasa tak selesa di tekak dan lidah... tapi setelah kaji, belajar dan mendalami bermacam-macam versi RV.. maka sekarang ni saya agak jatuh cinta dengan dia.. Warna merah terang digabungkan dengan warna putih krim dari frosting... Hmmm... cantik kan...
ada sesetengah resepi RV menggunakan buttermilk yang dalam kotak tu.. yang ada jual di kebanyakan kedai bahan bakeri.. harganya... agak mahal.. TAPI untuk versi bajet, semi-premium mahupun premium... ada resepi yang menggantikan buttermilk dengan cuka, lemon juice atau pun cream of tartar.. opss lupa.. Buttermilk BUKAN BUTTER + SUSU ye....
Fungsi Buttermilk di dalam kek adalah untuk memberi tekstur yang lembap dan lembut serta sedikit tangy taste tapi tak terlalu ketara... jom cuci mata dengan RV versi saya..
![]() |
cantik tak rossette saya? saya guna nozzle 1M |
![]() |
simple decoration. kadang-kadang less is more |
![]() |
versi mini pek. bakar terus dalam foil dan paipkan frosting |
![]() |
versi special. permintaan customer. RED VELVET OREO |
RED VELVET MOIST
360g tepung gandum *
2 tbsp serbuk koko *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bikarbonate *
1 tsp garam halus *
(ayak bahan bertanda *)
2 biji telur gred A
400g gula halus
1 cawan BUTTERMILK
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 tsp vanilla essence
1 botol kecil pewarna BRIGHT RED
1/2 cawan air panas + 1 tsp cuka
BUTTERMILK boleh diganti dengan campuran 1 cawan susu + 1 tbsp cuka.
(bagi yang tak tahan / alah cuka boleh ganti dengan lemon juice)
1. Pukul gula + telur sehingga kembang.
2. Masukkan buttermilk, vanilla, pewarna dan minyak ke dalam adunan telur dan pukul sebati.
3. masukkan campuran air panas dan cuka.
4. masukkan campuran bahan ayak sedikit demi sedikit. pukul dengan speed perlahan.
5. Tuang ke dalam loyang 9 inci bulat, atau 8 inci empat segi dan bakar selama 30 - 45 minit bergantung pada oven masing-masing.
JANGAN LUPA PANASKAN OVEN 15 MINIT SEBELUM KEK DIBAKAR.. LOYANG KEK HENDAKLAH DIGRISKAN DAN DIALAS BAKING PAPER TERLEBIH DULU..
PERIKSA KEK DENGAN MENGGUNAKAN LIDI ATAU CAKE TESTER. KALAU TAK ADA KEK YANG MELEKAT DAH MASAK LA TU... JANGAN KERAP BUKA TUTUP OVEN!! NANTI KEK BANTAT! SEELOK NYA CHECK SELEPAS 30 MINIT DIBAKAR.
PASTIKAN KEK BETUL-BETUL SEJUK SEBELUM DIPOTONG DAN DISALUT FROSTING. CARA SEJUKKAN KEK.. SETELAH KELUARKAN KEK DARI OVEN BIARKAN 10 MINIT. KEMUDIAN KELUARKAN KEK DARI LOYANG DAN BIARKAN SEJUK SEELOKNYA DI ATAS REDAI KEK.
CREAM CHEESE FROSTING
250g cream cheese (suhu bilik)
30g butter (lembut)
70g gula aising (ayak)
40ml fresh cream / susu cair
1. Pukul semua bahan sehingga gebu.
UNTUK 1 BIJI KEK 3 LAPISAN PERLU MENGGUNAKAN 2 ADUNAN FROSTING.
No comments:
Post a Comment