Thursday, 2 March 2017

CHICKEN BUTTERMILK BISTARI






2 keping dada ayam dipotong-potong
tepung goreng ayam BISTARI secukupnya
*gaul isi ayam dengan tepung dan goreng hingga masak.
sumber: mr. google

150g butter
1 tin susu cair
setengah tin air
5 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun kari
5 biji cili padi dihiris
gula & garam

1. Cairkan butter. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

2. Masukkan susu cair dan air. Gunakan api perlahan. perasakan gula & garam.

3. Setelah mendidih, masukkan isi ayam yang telah digoreng. gaul sebatu dan biarkan seketika. bila kuah dah agak pekat, tutup api.

TIPS

  • Dada ayam boleh je ganti dengan mana bahagian ayam. boleh juga guna ayam goreng sejuk beku macam brand ayamas ke,, farm best ke.. goreng macam biasa dan masukkan dalam kuah. 
  • Tepung Bistari ni ada beberapa perisa. ikut korang la nak guna perisa yang mana pon.. semua sedap. so far favorite saya ori, spicy, garlic dan blackpepper. kalau tak guna tepung bistari pon tak pe. guna bancuhan tepung jagung pon boleh.
  • Tahap kepedasan dan jumlah cili padi ikut la lidah masing-masing.
  • Susu cair boleh je ganti dengan susu kotak.
  • Sukatan butter tu kalau rasa macam lemak sangat atau oily boleh la kurangkan.. tak payah susah nak cari penimbang. 
  • Kalau suka, masa menumis tu boleh masukkan 1 sudu serbuk kari.

ASAM PEDAS IKAN





ASAM PEDAS IKAN PARI

5 keping ikan pari - cuci bersih. pastikan pilih ikan pari yang tidak berbau hamis.

6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit basah
1 inci lengkuas
1 sudu biji lada hitam
1 inci belacan
*kisar kesemuanya

1 batang serai diketuk
1 camca biji halba
2 senduk cili kering kisar
minyak untuk menumis
air secukupnya
gula & garam
asam jawa
daun kesum dan bunga kantan

1. Panaskan minyak dan tumis biji halba sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar, serai dan cili. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air. Sukatan air bergantung pada masing-masing. kalau suka kuah pekat, kurangkan air. kalau suka kuah cair, lebihkan air. Biarkan hingga mendidih. perasakan gula, garam dan air asam jawa.

4. masukkan ikan dan biarkan seketika. masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. seimbangkan rasa dan biarkan kuah mendidih sekali lagi. guna api sederhana. siap....

TIPS

  • Untuk dapatkan rasa yang seimbang, perasakan setiap masakan secara berperingkat. letak sikit-sikit gula dan garam mengikut fasa. Fasa pertama setelah bahan ditumis pecah minyak. Fasa kedua setelah kuah mendidih dan fasa ketiga setelah kesemua bahan dimasukkan, sebelum api ditutup. kalau masakan tak ada ketiga-tiga fasa ni boleh la buat mana-mana fasa yang terlibat.
  • Sukatan bahan-bahan diatas adalah secara anggaran.. selalunya kalau masak tak ada pon nak sukat-sukat bagai.. cekut ikut sedap je.. jadi agak-agak dan pandai-pandai lah adjust ikut selera.
  • Ikan boleh je ganti dengan ikan-ikan lain.

AYAM MASAK MERAH





AYAM MASAK MERAH BONDA

1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
3 sudu serbuk kunyit
setengah sudu garam halus
* lumur garam dan kunyit pada ayam dan goreng sehingga masak.

1 biji tomato
10 ulas bawang putih
2  biji bawang besar
2 inci halia
1 kiub pati ayam
* kisar kesemua bahan-bahan ini.

2 batang serai diketuk
2-3 senduk cili kering kisar
1 senduk sos tomato
1 biji bawang besar dipotong bulat dan dileraikan
setengah ketul gula melaka @ setengah senduk madu
1 cawan air
1 setengah cawan minyak untuk menumis
gula & garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah di kisar bersama serai dan cili kering kisar. tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sos tomato, gula melaka dan air. guna api kecil dan kacau sehingga gula melaka larut. bahan tumis akan bertukar warna kegelapan.

3. Perasakan dengan gula dan garam. Bila rasa dah seimbang masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati. biarkan seketika.

4. Taburkan bawang yang dipotong, gaul dan tutup api.

TIPS

  • Saya suka goreng ayam dengan api perlahan sehingga kekuningan dan tidak terlalu garing. ayam akan masak sekata dan tidak kering. lebih kurang 3/4 masak.
  • Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis. rasa ayam akan lebih enak. tapi jangan la pulak guna minyak yang dag hitam tu ye.. kalau 12 ketul ayam ni dalam 2x goreng.. so masih boleh guna untuk menumis..
  • Rasa ayam masak merah perlu seimbang masam, manis dan masin. kalau sos tomato tak mampu bagi rasa keseimbangan tu boleh campur dengan air asam jawa ataupun tambahkan sos tomato. saya lebih suka guna sos tomato sahaja daripada air asam jawa. 
  • Saya akan cairkan sedikit sambal ayam sebelum masukkan ayam goreng. ini akan membuatkan rasa sambal menyerap ke ayam dan memasak ayam tersebut dengan lebih sempurna. Gunakan api perlahan sehingga kuah sambal memekat.